Sunday, July 22, 2018

NLP - Sebuah ilmu mengenal diri

Assalamualaikum adik-adikku sayang,

Hangpa pernah dengar tentang NLP?
NLP ialah singkatan bagi Neural Linguistik Programming, satu teknik untuk memprogramkan minda.

Dolu dolu.. daku ingat NLP ni bahasa programming, almaklumlah... daku seorang programmer komputer. Saat pertama kali tahu tentang apa itu NLP ni waktu join seminar satu hari di tahun 2011 di masjid negara, tajuknya "Indahnya hidup bertuhan". Speaker waktu itu Dr Azhar Hj Sarip, seorang NLP practitioner dan pengasas Spritual NLP di Malaysia. Dia terangkan sedikit sebanyak tentang NLP dan ajak join kelas NLP untuk jadi NLP practitioner.

Masa tu baru je kerja, nak join kelas penuh NLP masa tu dalam RM6K! Macam mimpi sahajalah..
Daku beli buku beliau je yang di jual masa program tu. Bagus sangat buku ni..



Start daripada tu perkataan NLP tu dah tak rasa janggal lagi.. daku tau NLP tu bagus tapi tidak sangka yang ia sangat powerful sehinggalah daku join seminar I.M.P.A.K 20-22 Julai 2018 dengan nlpmalaysia.net kendalian Hj Fadzli Yusof. Kenapa daku kata powerful sangat NLP ni? Powerful sebab apa yang jadi kat diri kita ni kita dah boleh explain kenapa ia terjadi. Contohnya, kita selalu ingat perangai kita macam ni sebab memang dah keturunan kita macam ni. Inherited. Tak boleh di ubah. Sampai kita selalu cakap, AKU MEMANG MACAM NI, TERIMALAH AKU SEADANYA!

Aduhai adik-adik.. daku pun begitu jugaklah dulu.. dan inilah antara puncanya kenapa kita tak berubah.. sistem kepercayaan kita yang sebenarnya rosak. Puncanya ialah kita sudah tersalah install software dalam CPU otak kita. Sampai kita rasa putus asa dengan diri kita sendiri. Kita putus asa dengan Tuhan. Kita putus asa nak jadi baik. Lalu kita biarkan je diri kita terus-terusan hanyut.

Jangan.. Jangan macam tu...
Kita masih ada harapan. Sistem kita yang rosak masih boleh direpair.

Nak repair tak payah sampai format CPU, uninstall sahaja software tak senonoh tu... install dengan software lain yang lebih awesome! Bunyi macam senangkan? Ingat nak buat senang ke? Yes, dengan NLP, insyaAllah senang. Nanti daku kongsikan macammana nak buat di post-post berikutnya, semoga Allah permudahkan.

Adik-adik, jom jadikan matlamat kita untuk berubah jadi lebih baik setiap hari. Jom tanam azam supaya kita dapat buat sebanyak-banyak kebaikan. Jom tanam azam supaya kita tetap hidup walaupun jasad kita dah di dalam bumi. Daku sayang kalian kerana Allah. Semoga nanti kita jumpa di syurga ya..